Friday 25 January 2013

Pesanan Buat Suami – Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

haa..realiti kot kan?walau iman xkwin lagi tapi rasa ilmu nh.copy sila ke http://pakarcinta.com/blog/pesanan-buat-suami-oleh-dato-dr-hj-mohd-fadzilah-kamsah/ untuk lihat selebihnya.

19 comments

25 January 2013 at 10:53

Nice info dik..

25 January 2013 at 11:16

^_^... ada kebenarannya di situ...

25 January 2013 at 11:27

like..;-)

25 January 2013 at 11:48

Alhamdulillah sharing yang sangat membuka mata hati..suami isteri saling melengkapi..bukan sahaja dalam perhubungan malahan dalam segala bentuk keperluan juga kehendak..suami itu imam dalam rumahtangga..betul kiblatnya maka luruslah jalannya..

25 January 2013 at 11:48

pesanan yg bagus nih kan..

25 January 2013 at 15:51

nice sharing..hihih..

25 January 2013 at 15:56

baca nih terus terfikir mak ayah kite..

25 January 2013 at 17:03

biasa lepas kahwin sebegitu la yer

25 January 2013 at 18:20

Ni memang patut lekatkan dalam otak setiap lelaki ni Iman...he..he...

25 January 2013 at 22:57

Tolong nasihatkan abg ije yg no.10 tuuuuuuu!!!!
Tolonggggggg!!!!!
Haha!

27 January 2013 at 10:38

yang no 10 tu mmg xdapat di elakkan la...sabor je lah...haha

Anonymous
28 January 2013 at 18:47

he he gd one tq sharing ye

29 January 2013 at 09:01

Ada nasihat yg kelakar di situ ;)

29 January 2013 at 20:42

walaupun lambat lg, tp kena ambik tau gak sebagai persediaan.. =)

30 January 2013 at 09:06

nice entry

30 January 2013 at 10:13

ya betul no.3 cukup setuju.

dan cukup sensitip.

ya la knapa nak dibandingkan.mak dah berapa lama kawin.isteri baru brpa bulan dinikahi mana boleh nk bandingkan

cukup tak adil.lai org lain cara masakannya.





30 January 2013 at 15:02

haha...nasihat yang DR berikan ini...amat berguna......bagus amalkan nasihat ini hahaaha...terutama saya hahaa

Anonymous
1 February 2013 at 14:28

Nasihat yang baik. Thanks!

7 February 2013 at 08:54

nice info..para suami dtg baca ini..hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©