Friday 26 July 2013

Nuzul Quran : Mengenai Al- Quran

Assalamualaikum

Hari ni BK nak share mengenai Al-Quran samada yang kita tahu atau tak sebab bukan semua orang tahu. Ini BK ambil dari cebisan surat khabar.

Al-Quran itu mengandungi :
  1.  30 juzuk.
  2. 114 surah, 87 surah diturunkan di Makkah dan 27 surah lagi diturunkan di Madinah.
  3. 120 hizib ( iaitu tempat berhenti membaca bagi mereka yang tidak mampu menghabiskan satu juzuk sehari ).
  4. 6236 ayat keseluruhannya.
  5. Semua surah dimulakan dengan Basmallah ( Bismillahirrahmanirrahim ) melainkan surah at- Taubat ( surah yang kesembilan), sementara dalam surah am- Naml ( surah yang  ke-27 ) mengandungi dua Basmalh, iaitu ayat pertama dan ayat ke-20.
  6. 6 surah mengguna-pakai nama para Anbiya` seperti surah Hud, Ibrahim, Yunus, Yusuf, Muhammad dan Nuh.
  7. 5 surah dimulai dengan Alhamdulillah iaitu al- Fatihah, al- An`am, al- Khafi, Saba` dan Fatir.
  8. 7 surah dimulai dengan Ha- Mim iaitu Ghofir ( Mu`min), Fussilat, as-Syura , az-Zukhruf, ad- Dukhan, al- Jathiah dan al- Ahqaf.
  9. Surah yang dimulakan dengan tasbih dan disudahi dengan takbir ialah surah al- Isra`.

 " Bacalah Al-Quran. Al-Quran ajar kita macam-macam. Al-Quran bagi kita jawapan dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besar jawapan " - Ustaz Don




8 comments

26 July 2013 at 14:23

nice sharing..kekadang kita lupa tentang itu...

26 July 2013 at 14:27

Salam Nuzul Al-Quran Iman :)

26 July 2013 at 15:10

terima kasih untuk info ni :)
salam nuzul al-qur'an

26 July 2013 at 16:21

Alhamdulillah, dapat ilmu lagi hari ni.. Terima kasih BK atas perkongsian ilmu ni.. =)

27 July 2013 at 08:24

Terima kasih BK, ramai juga yg tak tahu tentang ni.
Salam NuzulQuran.

28 July 2013 at 21:03

Terima kasih info yg bagus...., ramai juga yg tak tahu tentang ni.
Salam NuzulQuran.

Anonymous
29 July 2013 at 15:47

In Shaa Allah sama2lah kita yer

16 August 2013 at 10:06

nice...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©