Thursday 12 September 2013

Painful Periods ( dysmenorrhoea )

Assalamualaikum

Google


Mungkin bagi sesetengah dari kita semua ada yang malu kot untuk dibincangkan tapi kena take & serius kot. Sometimes kita nampak benda ni biasa sebab ni perubahan hormon kepada wanita bila dah tiba masanya. Ada yang setengah BK jumpa tu sampai kena drip sebabnya sampai tahap sakit sangat. BK kan koje yang berkaitan dengan medical so tahu sikit-sikit je la. Kadang-kadang period pain ni ambil masa 12-24 jam tau menahan sakit tu. Sebab apa jadi macam ni? Boleh rujuk SINI. Bila dah kena period pain, hormon gila mula la buat 'lakonan'. Setengah orang tu asyik nak marah-marah je kan? Kadang-kadang rasa nak melekat kaki je kat muka dia, tapi bila dah kena sendirik baru tahu langit tinggi rendah nya. Ada yang ambil jalan singkat makan ubat kan? BK tak berapa berkenanan la ambil ubat ni sebab mak BK pesan effect bila kita peknen tak pun time berumur kang. Mak BK kata, BK tak kata pape pun OK!.

BK kalau period pain memang pelik. Peliknya BK akan benci semua lelaki whole day tu. Kalau terus berurusan dengan lelaki mesti BK nak muntah then rasa nak tumbuk-tumbuk je lelaki tu. Tapi tahan je la sebab haram kot nak sentuh lelaki. Jangan tanya kenapa lah BK macam ni, sebab ni kerja si hormon la. Sebab tu yang selalu jadi mangsa ialah kaun ADAM. Maafkanlah BK ni sebab si hormon nak yang timbulkan pergerakkan macam tu. Tapi..tapi bukan lama pon just one day only huhuhu.. Tu yang kaun ADAM kena paham la bila ur girl, ur wife kena macam ni. Silap hari bulan terbang semua pinggan mangkuk kat dapur tu. 

Cara BK mengatasi period pain ni dengan tido then sapu minyak angin. Kalau tak silap BK sekarang ni ada yang bantal tuam tu kan? Fuh! Mak BK cukup tak berkenan buat macam tu sebab mak muka la akan ungkit zaman mak tak ada pun bahan-bahan macam ko ni. Manja sangat la zaman ko ni. Sentap sikit la, nak tak nak BK dengo jela cakap omak den ni ha. Hati-hati dengan pengambilan ubat yang berterusan tau. Ingat pesan BK, kalau tak nak ingat dengar jela nasihat doctor yang sah. 


Maklumat lanjut tentang Painful Period

11 comments

12 September 2013 at 17:59

setakat ni kalau sakit , memang elakkan makan ubat , sbb ada side effect nanti...kalau sakit pun , baring sambil2 golek2 atas katil..hehe

12 September 2013 at 18:30

CiM brsyukur tk penah rasa....tp slalu tengok kawan akn iron perut dia bila l ini trjadi...

Camne hubby u nnti???

12 September 2013 at 20:32

Okje rasanya tak delah sakit sangat kalau ada pun sekali dua kot...
Sikit tak selesa je...syukur....sampai le dah kawen pun.

12 September 2013 at 21:25

kalau rasa dah dekat masanya tu..banyakkan minum air suam..elakkan air berais..

13 September 2013 at 02:50

Dulu masa zaman belajar memang akak telan pain killer sebab senggugut akak memang agak teruk, sampai pitam2 dibuatnya.. Huhu.. Tapi lepas tu bila pikir2 balik kesan jangka panjang, terus stop.. Sekarang lebih kepada jaga pemakanan & minum air suam.. Then tdo kalau tak tahan sangat.. Biasa lepas bangun dari tidur dah okay..
ZON PERMAISURI CHOMEL

13 September 2013 at 08:05

Ada member dulu ms belajar senggugut smpai takleh bangun. Pil jadi peneman. Pas kahwin je tiap2 tahun dia dapat anak. Bagi anak dara memang ada yang senggugut teruk tapi belum tentu pas kahwin ada juga. Ada yang sebaliknya pun ada terjadi..hihi..hormon la katakan..berubah-ubah..

13 September 2013 at 09:57

alhamdulillah yui ok time peod..

13 September 2013 at 11:42

Assalamualaikum. sheila biasanya sakit nak buang air besar je. kalau dah tercirit tu. confirm nak period dah. hehehe. buat masa ni. period pain not bad. tapi kalau keguguran, sakit sangat :(

13 September 2013 at 12:58

Faqiha klau ada period pain pun tak la sakit sangat tapi ade juga pedih-pedih kat perut tu..lagipun Faqiha kekdang je ada period pain tu..

13 September 2013 at 15:00

huk2.. teman pun memang selalu period pain.. tiap2 bulan.. tp bulan lepas kurang sikit sebab ada makan ubat yg doktor bagi.. brand Himalaya.. Alhamdulillah.. period x sakit sgt bln lepas..

13 September 2013 at 21:36

saya x ambil ubat bila senggugut . cuma jgn duduk rehat . nanti sakit tuh makin rasa . klu wat keje x perasan pun ...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©