Friday 14 March 2014

Cabaran 10 Hari Bersama Slimfast Diet : First day

Assalamualaikum

Siap la kau SLIMFAST, BK sahut cabaran ni !!!!

Nebes pula nak bercerita dekat semua ni. Lately BK ada join Giveaway Slimfast Diet yang dianjurkan Kak Mia & MyBeauty Herbs. Alhmadulillah rezeki berpihak kepada BK yang beria-beria nak challenge 10 hari mencuba produk tu. Dan BK adalah salah seorang pemenang dari pencarian 40 blogger tersebut. Semalam parcel dah sampai dari MyBeauty Herbs. Excited nak start minum sebabnya BK sekarang nak berat ideal sementara ada masa menunggu bulan5 ni. Kebetulan BK sekarang pon sedang melakukan Diet Atkins ( DA ), mungkin dengan sampingan Slimfast Diet ni membantu mempercepatkan toksin dalam badan BK. Nak tahu lebih lanjut lgi tentang produk Slimfast Diet ni sila KLIK SINI. Jom kenal ' badan ' BK. Malu tapi kena ketepikan sekejap demi Cabaran 10 Hari Bersama Slimfast Diet !.

Kenapa nak cuba produk Slimfast Diet?

14. 3. 2014 ~ 72kg

Berat BK sudah mencecah 72kg dan menyebabkan BK sakit tumir kaki ( dah macam orang tua ) atau bahasa perubatannya Arthritis. Ini menyebabkan BK mudah cepat letih dan sukar mendapat tenaga pagi untuk memulakan kerja harian. BK ambil inisetif nak bagi berat ideal mencecah 55kg disebabkan tinggi BK yang hanya 154cm ( macam ayam katik ). Sambil BK berDA, mungkin Slimfast Diet dapat membantu pembuangan toksin dalam badan. Ia nya juga sebagai, makanan sampingan BK la.

Apa fungsi Slimfast Diet?

Dengan pembakaran lemak yang degil disampingan meningkatkan tahap metabolisme dalam badan. Ia juga dapat mengurangkan pengambilan kalori dalam jumlah yang banyak. Paling best, Slimfast boleh mengurangkan selera makan dan sekaligus boleh mengawal berat badan secara berterusan. Ada harapan boleh capai berat ideal ni.

Ada pantang dalam pengambilan makanan tak?

Apa nak makan, korang boleh makan. Tapi kena kurangkan benda-benda berkanji, susu, gula dan karbohidrat. Lebihkan protein-protein macam ayam, ikan, daging, seafood dan sayur-sayuran. Air pula, minum dalam 2-3 liter untuk memudahkan proses pembuangan toksin.

Apa bahan-bahan dalam Slimfast Diet?


Formula Slimfast diet ini diperkaya dengan kandungan organik seperti raspberry, apple fiber, psyllium husk, oligo, collagen, orange de, acaiberry, grape seed, garnicia cambogia, hoodia, cassia angustifolia, l-carnitine, minerals dan vitamin. Slimfast diet dapat membantu menurunkan berat badan dengan pantas dengan 6-8 kilo mengikut tempoh serta metabolisma seseorang. 
Kandungan ramuan Cassia Augustifolia dan Psyllium Husk dapat membantu membersihkan kolon serta menggalakkan penurunan berat badan yang berterusan malah mencantikan kulit dengan adanya vitamin dan mineral. Gabungan Acai Berry dan Collagen dapat menyumbang nutrisi yang diperlukan tubuh semasa proses penurunan berat badan. Malahan kandungan Apple, Raspberry dan Ekstrak oren yang kaya dengan vitamin A,C dan E dapat memperbaiki struktur kulit dari menggeleber dan berkedut. Informasi dari MyBeauty Herbs.

Macam mana nak bancuh?

Senang je.. bukak 1 sachet tu, letak dalam shaker ( kwn bagi ) letak air suam dalam 120ml. Hehe kalau orang lain, BK tak tahu la. Tapi instruction kat kotak kena bancuh dalam 1/2 cawan air suam. So kalau tak ada shaker boleh guna 1/2 cawan air ok.



#baru minum sekali, dah pergi jumpa Cik Jam pepagi. Sakit perut, mungkin ni salah satu proses pembuangan toksin. Pape pun cabaran harus diteruskan !!! 





6 comments

14 March 2014 at 11:54

moga cbrn ini mberi hasil =)

14 March 2014 at 11:56

gud lux! ;)

14 March 2014 at 12:26

dlm keadaan bk ni mmg perlu turunkan berat badan . klu exercise , bimbangnya selepas dah berpeluh2 , makan lagi byk sebab lapar kan ... cayok dear !

14 March 2014 at 13:12

selamat kuruskan badan

14 March 2014 at 13:31

Assalamualaikum BK, alhamdullilah. murah rezeki awak. hehehe. semoga berjaya ye. sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

14 March 2014 at 17:27

Hehehhe sama la kesan macam syira. 1st day dah masuk cik jam :P btw goodluck!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©