Monday 19 May 2014

ONLY In Malaysia

Assalamuaalaikum

Pagi-pagi dah buat entry panas. Mana tak panasnya lepas tengok baru tahu rupa-rupanya bukan penduduk (_______) je yang buat perangai macam ni. Tapi all malaysia people. Sampai bila nak buat habit macam ni? Apa rasa kalau kita berada di tempat yang menunggu? Iman tak tahu macam mana JPJ boleh bagi lesen dekat orang yang macam ni. Lagi satu tak boleh blah, lampu signal dah sama warna dengan lampu brek. Tak tahu dia brek ke, dia bagi signal. Menyusahkan orang betoi la.

Ada lagi habit malaysian citizen ni. Bawak laju-laju, potong Q kita bukan main. Last-last masuk simpang jumpa kita kat depan. Pulak dah sama masuk simpang. Padahal tadi ada jumpa kat jalan bawak laju-laju. Lagi yang menjengkelkan iman, bawak laju-laju jumpa jugak kat traffic light. Sekali usha sleck je yang bawak kete tu. Dalam hati.. ceh! lain kali tak payah nak vrommm..vroommm sangat kalau last-last jumpa dekat depan.

Bunyi ekzos bukan main kuat, kira gegar satu malaysia konon nya. Itu ko punya pasal la nak kuat kan. Yang tak boleh terima, bunyi kuat tapi laju nya dah sama dengan motor EX5. Ya ampun, lain kali kalau nak buat tu alang-alang biar buat betul-betul. Dekat traffic light bukan main tekan minyak macam nak shut laju.Sekaliii......ermmm no komen la.

Lampu depan kete dah modified konon nak bagi cantik. Itu ko punya pasal la. Tapi jangan benda yang ko buat tu, menyusahkan orang. Nak tahu tak menyusahkan macam mana? Lampu dah elok warna kuning, pergi tukar warna putih. Suci la kan katanya. Ko tau tak orang yang bawak kenderaan bertentangan dengan ko rasa apa? Silau sampai tangkap kepala. Tak percaya? Ko tukar kete dengan orang tu. Apa ko rasa kalau aku naik kan warna lampu kat ko? Apa rasa? Bukan semua orang yang bawak kete ni, kaki kereta. Beringat la sikit. Nak modified boleh, pastikan jangan menyusahkan orang lain!

Tinted gelap ko punya pasal sebab tak ada kena mengena dengan pengguna jalan. Lagipun JPJ dah selaraskan tinted mesti 50% je. Ko nak buat gelap, tanggung sendirik la. Iman tahu, kita nak tinted sebab tak nak kete panas sangat kan? Tapi ikut la undang-undang. Kalau dah rasa duit banyak sangat, boleh je ko nak buat lebih 50%.

Nampaknya itu je la kot habit orang malaysia. Bukan nak menjatuhkan citizen kita, tapi sama-sama la beringat. Sape lagi kalau bukan orang-orang yang tak puas hati bagi ingatan? Ingat! Kami bayar cukai jalan. Jadik sama-sama lah guna duit yang kita laburkan. Tak sayang ke duit kita dekat jalan tu? Sebelum nak buat apa-apa, pikir habis-habis dulu. Nak cantik? Boleh je. Nak rare? Boleh je. Nak tarik perhatian orang? Boleh je.... Tapi dengan syarat. BUAT BENDA JANGAN SAMPAI MENYUSAHKAN ORANG LAIN YANG BAYAR CUKAI JALAN SERTA PENGGUNA JALAN!




#sama-sama guna, sama-sama ikut undang-undang.jangan menyusahkan orang.pikir habis-habis.bukan nak menjatuhkan, tapi ini luahan yang dah lama pendam.kalau salah boleh pm iman.



14 comments

19 May 2014 at 12:35

yahh situasi dalam gambar tu..memang pernah dirasai dan sangatlah sakit hati..tambah2 kalau ada berderet kereta kat belakang kita lagilahh...manusia manusia :)

19 May 2014 at 12:48

Hari-hari hdpi situasi ni... Huhu...letih dh rasa dgn sikap manusia yg pntingkn diri sendiri...

19 May 2014 at 12:48

Hari-hari hdpi situasi ni... Huhu...letih dh rasa dgn sikap manusia yg pntingkn diri sendiri...

19 May 2014 at 12:57

mmg btl2 menyusahkan..huhu

19 May 2014 at 13:11

Ermm dah akak dah lali dah situasi mcmni.. tiap2 pagi jumpa masa ondaway nk p kerja..sabar jer la..

19 May 2014 at 14:20

Situasi dlm gambar tu mmg menyakitkan hati.. terkena hampir setiap hari dekat simpang sekolah.. huhu. Entah bila org mcm ni nak ubah sikap

19 May 2014 at 15:49

haha memang rasa tibai2 je org yg masuk simpang tak bg signal..payah sgt ke nk buat mcm tu..pfttt

Anonymous
19 May 2014 at 16:52

aduhai dah selalu terkena KA ni BK !

19 May 2014 at 22:56

Sikap..dan hati kita...

19 May 2014 at 23:24

kadang2 rasa menjengkelkan je pemandu yg mcm nih..>.<

20 May 2014 at 10:35

akk kalau drive memg cuba berzikir je sis oi...kalau tak habeh semua kena sumpah...hheee

20 May 2014 at 10:35

akk kalau drive memg cuba berzikir je sis oi...kalau tak habeh semua kena sumpah...hheee

20 May 2014 at 13:28

nama pun manusia Iman,...mmg ada ajelah benda depa nak buat bagi tak puas hati kat orang hehe....Habis kuat kita memaki jugakkan dalam hati ...

23 May 2014 at 09:21

kadang org (pemandu) pikir diri sendiri jek..nak cepat pancung kiri, tu pasal bila hadapi kesusahan/eksiden jln raya ramai yg buat tak tau tu...

masalah sikap pemandu ! kebanyakannya memang mcm tuu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©