Friday 20 June 2014

Renew Lesen Di Pos Malaysia

Assalamualaikum

Lesen semakin hari semakin expired tunggu waktu nak direnew. Yela iman renew dua tahun sekali. Tapi tahun ni macam ongkosnya kurang. So ukur baju pada badan sendiri la. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan hari ni walau hati berbelah bagi nak pergi ke tak. Ikutkan hati nak je sambung tido, tapi memikirkan 'denda' kalau lambat renew terus tak jadi. Proses renew lesen sekejap je sebab tak ramai orang. Selalunya ramai dekat Pos ofis. Tapi hari ni lengang sangat-sangat. Iman dapat no giliran pun lagi dua giliran nombor iman. Datang 9.25pagi siap 9.35 pagi. Siap boleh pergi JPN tentang pembaharuan IC iman.


Bila nombor dipanggil, just bagi lesen & ic kita je. Bagitau nak renew setahun ke, dua tahun. Rate untuk setahun sepatutnya RM30, tapi tadi iman RM32 plus service tax kot. Kalau dekat JPJ mungkin RM30 je. Lupa pula, kalau renew lambat lepas tarikh expired secara automatic kita kena renew dua tahun RM60. Ini sebab terjadi dekat akk iman awal tahun hari tu. Then kena tunggu sekejap lesen baru tu. Bila dah siap ini hasilnya.




Lesen baru kali ni meme dia scan dari ic. Macam mana gambar kita, macam tu lah dekat lesen. Tapi kalau tak silap iman, dekat JPJ boleh scan dengan gambar pasport yang kita bawak kan? Yang tu iman tak berapa nak sure. Kelakar la lesen baru iman sebab iman tak buat lagi ic yang baru. Ingat nak tukar tapi bz sokmo. Lesen lama dah boleh simpan dalam kotak sambil buat frame hehehe....


Baru-baru ni ada roadblock, so macam biasa motor confirm kena tahan walau tak ada wat salah. First time abam polis tegur iman macam tu.Tegur apa? SSSShhhhh... Nanti iman citer lain. So siapa-siapa yang nak renew lesen dekat Pos Malaysia,proses nya macam iman terang dekat atas lah. Harap dapat membantu siapa yang nak renew. Kenapa iman tak buat dekat JPJ? JPJ dekat bangi ni ada satu je, kena kongsi dengan semua daerah Hulu Langat. Selalu ramai sampai kena tunggu dekat luar. Padahal JPJ tu ofisnya besar. Buka 7.45 pg, bayangkan kalau datang pukul 8pagi nombor dah beratus-ratus. Tu yang tak sanggup. So pilihan yang bijak dan ringkas, POS MALAYSIA je la.




10 comments

20 June 2014 at 14:07

Kakak pun biasa buat di Post Office aje. Ambik terus lima tahun. Tapi ada org kata mula tahun ini tak boleh ambil terus lima tahun. Betul ke? Itu sebab iman buat setahun aje ye..

20 June 2014 at 14:09

akak terlambat renew lesen tahun dari tarikh tamat tempoh lesen tu,terus kena dua tahun,tak bole setahun...eh...dah pakai kad,akak still yang lama je..huhu..

20 June 2014 at 15:11

lesen akak buat 5 tahun sekali, senang... tak yah nak fikir tetiap tahun iman...

20 June 2014 at 20:24

selalu buat kat post office je. hehe. mls nk panjang lebar pergi jpj. hehe

21 June 2014 at 08:30

kita renew 5 tahun coz takut terlupa..he..he

21 June 2014 at 16:03

Baca entri ni baru ingat ibu belum tukar ic. Kononnya nk tukar dlm cuti.. dh habis pun cutinya..

12 July 2014 at 13:31

kite guna lesen lama lagi. nak pergi renew takde masa. hehe

12 July 2014 at 21:02

eh boleh tukar dekat pos office ke..kata dah tak boleh

13 July 2014 at 00:08

Tggu 2016 nnt la bru dpt tukar yg bru tu.. Hehe

Anonymous
16 July 2014 at 09:37

hehe terima kasih untuk entry ne., rabu depan lesen dah kena renew. kalau pegi jpj kompom lama kena tunggu, hehe pejabat pos dekat je.lagi pun hari bekerja, malas nak ponteng,hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Village Gurl ©